2 April merupakan Hari Tingkatkan Kesedaran Autisme Sedunia. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyatakan bahawa kebanyakan pesakit autisme mempunyai bakat yang istimewa, maka penglibatan aktif mereka dalam kehidupan masyarakat amat penting bagi pembinaan masyarakat yang inklusif.
Beliau berkata, orang awam mempunyai salah faham terhadap penyakit autisme, manakala golongan pesakit itu juga ditolak oleh ramai orang. Ini merupakan tindakan yang mencabul hak asasi manusia dan pembaziran bakat.
Ban Ki-moon menyeru pelbagai negara agar meningkatkan peruntukan modal terhadap pesakit autisme remaja supaya membantu mereka dapat lebih baik terlibat dan diterima oleh masyarakat awam.