Cari:
Aktiviti Peringati Ulang Tahun ke-45 Diplomatik Pingpong di Nagoya
2016-04-05 11:41:26 CRI Cetak

Aktiviti sempena memperingati ulang tahun ke-45 "Diplomatik Pingpong" yang berlangsung selama lima hari itu berakhir di kaunti Aichi, Nagoya Jepun pada 2 April lalu. Pertandingan pingpong yang disertai lebih seribu orang belia dari China, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun menjadi tumpuan ramai.

Anggota Dewan Perwakilan Jepun, Shoichi Kondo berharap agar interaksi dalam acara sukan Pingpong membolehkan anak-anak muda tersebut mempelajari bahasa negara lain, di samping menggalakkan perkembangan hubungan persahabatan pelbagai negara.

Konsul Jeneral China ke Nagoya, Ge Guangbiao menyatakan bahawa golongan belia merupakan aset negara. Beliau berharap agar aktiviti pertukaran lawatan dapat memperkukuh dasar persahabatan bagi ketiga-tiga negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China