Cari:
Perutusan Tahniah Sempena Perasmian PBNC ke-20
2016-04-06 17:59:20 CRI Cetak
Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus perutusan tahniah sempena perasmian Persidangan Nuklear Lembangan Pasifik (PBNC) ke-20 di Beijing hari ini.

Li dalam perutusan tersebut menyebut, sains dan teknologi nuklear merupakan salah satu pencapaian yang paling besar dalam bidang sains dan teknologi pada abad ke-21.

Penggunaan damai tenaga nuklear memainkan peranan yang tidak boleh ditukar ganti dalam usaha memacu pembangunan ekonomi, menangani perubahan iklim dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Li menegaskan, kerajaan China amat mementingkan pembangunan tenaga nuklear dengan mengutamakan keselamatan dan keefisienan.

China telah membina beberapa stesen janakuasa nuklear dan membangunkan sistem industri sains dan teknologi nuklear yang lengkap.

China bersedia untuk menjalinkan kerjasama tenaga nuklear yang damai dengan pelbagai negara berdasarkan prinsip kesamarataan, saling menguntungkan dan menang-menang.

Li berharap agar para wakil yang hadir dapat menghayati tema sidang, iaitu "Tenaga Nuklear Jana Pembangunan Lembangan Pasifik dan Dunia" untuk memberikan sumbangan baharu demi keamanan dunia dan penggunaan tenaga nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China