Cari:
China Galas Jawatan Pengerusi Bergilir UNSC
2016-04-06 18:00:17 CRI Cetak
China selaku pengerusi bergilir Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi bulan April, akan mengekalkan komunikasi dan koordinasi yang erat dengan semua anggota UNSC bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil oleh UNSC dapat dilaksanakan dengan lebih efisien, telus dan terbuka.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media semalam.

Menurut Hong, pada bulan ini, UNSC akan mengadakan kira-kira 30 mesyuarat untuk membahaskan isu Syria, Yaman, Palestin dan Israel, Sudan Selatan serta Somalia, selain tiga sesi perdebatan terbuka mengenai isu Palestin-Israel, antikeganasan dan masalah lanun di Teluk Guinea.

Tiga sesi perdebatan tersebut bertujuan untuk mendorong proses damai Asia Barat, membendung ancaman pengganas dan menangani masalah lanun secara tuntas.

Tambah Hong, sebagai anggota tetap UNSC, China menyokong UNSC melaksanakan mekanisme keselamatan kolektif antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam misi pengaman bagi menamatkan peperangan.

Pada bulan ini, China akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengerusi bergilir UNSC, sekali gus berusaha meningkatkan interaksi dengan negara-negara bukan anggota UNSC demi menjamin ketelusan dan keterbukaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China