Cari:
Konsert Selena Gomez di Shah Alam Julai ini
2016-04-06 16:52:47 CRI Cetak

Bintang pop antarabangsa, Selena Gomez akan mengadakan konsert di Malaysia pada 25 Julai ini.

Konsert berkenaan adalah sebahagian daripada siri jelajah The Revival Tour yang akan bermula di Amerika Syarikat Mei ini.

Konsert itu akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, dan akan menjadi kemunculan pertama penyanyi dan pelakon terkenal itu dalam konsert berskala besar di Malaysia.

Tiket-tiket konsert akan mula dijual 11 April dengan harga bermula dari RM285.

Album terbaharu Gomez, Revival, yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Same Old Love dan Hands to Myself, sudah terjual kira-kira 500 ribu unit di Amerika Syarikat.

(sumber: Astro Awani Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China