Cari:
China Gembira dengan Perkembangan AIIB
2016-04-08 14:06:21 CRI Cetak

China menegaskan semula bahawa Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) satu pertubuhan pembangunan multilateral yang inklusif dan terbuka kepada anggota baharu.

China gembira dengan perkembangan AIIB dan berharap agar lebih banyak negara bakal memperoleh manfaat daripada bank tersebut.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam ketika mengulas kemungkinan Kanada menganggotai AIIB.

Menteri Perdagangan Antarabangsa Kanada, Chrystia Freeland baru-baru ini berkata, keputusan kerajaan Stephen Harper menolak untuk menganggotai AIIB menyebabkan Kanada terlepas peluang untuk menjadi anggota pengasas AIIB. Kini, Kanada berhasrat untuk menganggotai AIIB.

Berhubung dengan hal ini, Lu berkata, AIIB bersedia untuk menerima anggota baharu mengikut Perjanjian AIIB, iaitu negara atau wilayah yang memenuhi syarat boleh menjadi anggota AIIB selepas mendapat persetujuan Lembaga Pengelola.

Tambah Lu lagi, sebagai penyaran penubuhan AIIB, China gembira melihat AIIB terus berkembang maju dan yakin AIIB dapat memainkan peranan yang lebih besar untuk menggalakkan pemulihan ekonomi global serta pembinaan infrastruktur dan kesalinghubungan serantau demi manfaat bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China