Jumlah anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) di Libya dianggarkan meningkat sekali ganda dalam tempoh 12 hingga 18 bulan lalu.
Demikian dinyatakan oleh Komander Markas Tentera AS di Afrika, David M.Rodriguez dalam sidang media semalam.
Menurut beliau, menurut data agensi risikan AS, jumlah anggota IS di Libya dipercayai antara 4,000 hingga 6,000 orang pada ketika ini.
Kebanyakan mereka berasal dari Iraq, Syria dan negara-negara Afrika Utara, termasuk sesetengahnya merupakan anggota militan tempatan di Libya.
Komander tentera AS itu berkata, pihaknya akan melancarkan serangan bom terhadap sasaran IS yang memberikan "ancaman yang pasti" kepada anggota tentera dan kemudahan AS di wilayah Libya.
Menurut laporan, tentera AS hanya melancarkan dua kali serangan udara terhadap sasaran IS di Libya setakat ini.