Cari:
China, Switzerland Jalin Perkongsian Strategik Inovatif
2016-04-09 15:54:14 CRI Cetak

China dan Switzerland bersetuju untuk menjalinkan perkongsian strategik inovatif demi pembangunan dan kemakmuran bersama.

Persetujuan tersebut dicapai dalam rundingan antara Presiden China, Xi Jinping dengan Presiden Switzerland, Johann Schneider-Ammann di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.

Xi menegaskan bahawa kesamarataan, saling menghormati serta pertukaran dan saling belajar merupakan asas politk bagi perkongsian strategik inovatif kedua-dua negara.

Beliau menyeru agar kedua-dua pihak memperkasakan kerjasama inovasi berasaskan peningkatan perdagangan bebas dan kerjasama kewangan.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak perlu menyokong pembinaan platform kerjasama inovasi, serta menggalakkan kerjasama inovatif antara syarikat, kolej dan institut penyelidikan.

Presiden Xi turut mencadangkan agar kedua-dua negara memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang sumber tenaga yang boleh diperbaharui, ekopertanian moden, penjimatan tenaga dan perlindungan persekitaran, serta perubatan.

Schneider-Ammann pula menyatakan, pihaknya berharap dapat memperkukuh pertukaran dan kerjasama dengan Chna dalam bidang sains dan teknologi, inovasi, perlindungan persekitaran, kewangan, kebudayaan, pendidikan dan sukan.

Switzerland bersedia untuk giat menyertai pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R) dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB). 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China