Cari:
Inovasi Teknologi Pacu Transformasi Ekonomi China
2016-04-09 15:55:31 CRI Cetak

Media asing baru-baru ini terus memberi perhatian kepada pembangunan industri teknologi di China. Mereka berpendapat, walaupun pertumbuhan ekonomi China menjadi perlahan, namun ekonomi digitalnya yang diwakili oleh "Internet+" dan "Industri 4.0" berkembang pesat. Hal ini bukan sahaja membantu meningkatkan produktiviti, malah dapat memimpin trend penggunaan, sekali gus menyuntik daya penggerak baharu kepada pembangunan ekonomi.

Artikel dalam akhbar Perancis "Le Figaro" menyebut, "Internet +" menjadi pelopor untuk China mewujudkan penaiktarafan ekonomi dan beralih kepada strategi pembangunan yang dipacu oleh inovasi sektor perkhidmatan. China bakal muncul sebagai satu-satunya kekuatan penting yang mampu mencabar AS dalam bidang teknologi.

Akhbar "Wall Street Jounal" AS dalam laporannya menyatakan bahawa syarikat Internet China sedang melebarkan sayap perniagaan mereka dalam industri runcit, kewangan dan pembuatan. Semakin banyak syarikat teknologi mencatatkan nama dalam senarai seratus jenama paling berprestij di China, dengan nilai pasaran mereka meningkat daripada 16% pada tahun 2014 kepada 27% pada tahun 2015. Perniagaan syarikat-syarikat tersebut di seberang laut juga semakin besar.

Menurut laman web Saluran Berita dan Perniagaan Pengguna (CNBC) AS pula, hasil inovasi teknologi, China sudah mengungguli AS dalam sektor beli-belah mudah alih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China