Kumpulan militan Negara Islam (IS) semalam mendakwa bahawa pihaknya telah membebaskan 300 orang tebusan yang diculik di sebuah kilang simen di timur Damsyik baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, IS dalam satu kenyataan menyatakan, mereka masih menahan 20 orang tebusan, dan telah membunuh empat pekerja di kilang simen tersebut.
Menurut kenyataan IS, 20 pekerja di kilang simen itu dianggap telah menyertai kumpulan militia yang menyokong tentera kerajaan.