Cari:
Masyarakat Cina di Australia Sokong Pendirian China dalam Isu Laut China Selatan
2016-04-10 15:33:50 CRI Cetak
Masyarakat Cina di Australia bersatu menyokong pendirian China dalam isu Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Kehormat Jawatankuasa Tindakan Pemeliharaan Kedamaian dan Keadilan Australia, Qian Qiguo dalam satu seminar yang diadakan di Sydney semalam.

Beliau berkata, kes timbang tara yang dibangkitkan oleh Filipina tidak mengubah fakta bahawa pulau-pulau di Laut China Selatan dan kawasan perairan sekitarnya milik China.

Beliau menggesa ahli politik Australia membuat kenyataan dengan berhati-hati dalam isu berkenaan, agar tidak memberi isyarat yang salah kepada masyarakat antarabangsa.

AS dan Filipina kini sedang menjalankan latihan ketenteraan bersama "Bahu-membahu 2016" di pulau dan kawasan perairan yang berhampiran dengan Laut China Selatan. Australia buat kali pertama menghantar 80 anggota tentera untuk menyertai latihan itu. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China