Cari:
China, Britain Cipta "Era Keemasan" Hubungan Dua Hala
2016-04-10 15:35:42 CRI Cetak
China bersedia bekerjasama dengan Britain untuk mencipta "era keemasan" dalam perkembangan hubungan dua hala.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam pertemuan dengan Setiausaha Luar Britain, Philip Hammond di Beijing semalam.

Wang Yi berkata, kerajaan kedua-dua negara kini sedang giat memperkasakan kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang berdasarkan persepakatan hasil lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Britain sebelum ini.

Kedua-dua pihak diharap terus mengekalkan pertukaran lawatan antara pucuk pimpinan, di samping memperkukuh persefahaman dan rasa saling mempercayai antara satu sama lain.  

Philip Hammond pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk merapatkan kerjasama dua hala dan mengintensifkan sinergi dengan China dalam urusan antarabangsa.

Menyentuh isu Laut China Selatan, Wang Yi berkata, Britain diharap mengambil pendirian yang adil dan objektif, dan tidak memihak kepada mana-mana negara dalam isu tersebut. Isu berkenaan juga tidak seharusnya dibangkitkan dalam mesyuarat menteri luar Kumpulan Tujuh (G7).

   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China