Cari:
Tentera Syria Duduki Semula Dua Bandar
2016-04-10 15:36:29 CRI Cetak

Tentera kerajaan Syria berjaya menduduki semula dua bandar di bahagian tengah negara itu, iaitu Palmyra dan Gallatin yang ditawan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) sebelum ini. Dengan itu, kira-kira 2,000 penduduk Syria yang berasal dari kedua-dua bandar tersebut telah kembali ke kampung halaman mereka.

Agensi Berita Syria memetik kenyataan Gabenor wilayah Homs, Talal Barazi sebagai berkata, penduduk berkenaan berangkat dari ibu kota wilayah Homs dengan menaiki lebih 40 buah bas. Sebelum itu, anggota teknikal telah dihantar ke kedua-dua bandar itu bagi membaik pulih kemudahan awam yang mengalami kerosakan.

Menurut statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), krisis Syria yang tercetus pada 2011 telah menyebabkan lebih 250 ribu orang terkorban, dan 6.5 juta orang kehilangan rumah setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China