Cari:
Identiti Suspek Serangan Brussels Dikenal Pasti
2016-04-10 15:41:09 CRI Cetak

Jabatan Pendakwa Raya Persekutuan Belgium semalam mengesahkan bahawa Mohamed Abrini, iaitu suspek pengganas yang ditangkap di Brussels pada 8 April lalu ialah suspek ketiga yang disyaki melancarkan serangan bom di Lapangan Terbang Brussels.

Di samping itu, identiti seorang lagi suspek yang terlibat dalam serangan bom di stesen kereta api bawah tanah turut dikenal pasti.

Pada hari yang sama, pihak pendakwa Belgium mengemukakan tuduhan rasmi terhadap empat suspek yang disyaki terlibat dalam serangan pengganas di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China