Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry melalui telefon semalam. Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam isu Syria agar perjanjian gencatan senjata dapat diperkukuh serta mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata dicapai di kawasan Nagorno-Karabakh.
Menurut laman web Kementerian Luar Rusia, kedua-dua pemimpin dalam perbincangan tersebut menganggap bahawa Rusia dan AS perlu meningkatkan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) dan Jabhat al-Nusra. Kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk mengambil lebih banyak tindakan bagi menghalang kumpulan pengganas memperoleh senjata dan merekrut anggota dari luar Syria.
Selain itu, kedua-dua negara tersebut turut menyokong usaha utusan khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura mengadakan rundingan damai pusingan baharu di Geneva.