Cari:
110 Maut dalam Kebakaran Kuil di India
2016-04-11 14:34:42 CRI Cetak

Pegawai India semalam memaklumkan bahawa kebakaran yang berlaku di sebuah kuil di wilayah Kollam, Kerala India pagi semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 110 maut, manakala 390 lagi cedera. Perdana Menteri India, Narendra Modi bergegas ke tempat kejadian bersama-sama dengan pasukan perubatan.

Menurut pegawai yang berkenaan, kerja-kerja menyelamat masih diteruskan. Terdapat sesetengah mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan kuil itu atau di dalam rumah di kawasan sekitar, sekali gus menjadikan jumlah kematian terus meningkat.

Pasukan tentera India telah mengerahkan helikopter dan kapal perang untuk menyertai operasi menyelamat, di samping beberapa hospital turut menghantar doktor dan jururawat ke tempat kejadian untuk memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera.

Pihak polis telah memulakan siasatan terhadap punca kejadian dan mengenal pasti pihak yang membawa masuk bahan letupan ke dalam kuil. Pada ketika ini, terdapat lima suspek telah ditahan oleh pihak polis, dengan dua daripadanya cedera parah dan sedang dirawat di hospital.

Kejadian tersebut berlaku pukul 3.00 pagi semalam waktu tempatan, semasa pertunjukan bunga api diadakan bagi meraikan tahun baru Hindu di Kuil Puttingal Devi di bandar Paravur yang disertai lebih 10 ribu pengunjung.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China