Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter telah menggegarkan kawasan pergunungan Hindu Kush, Afghanistan pada pukul 6.28 petang semalam.
Menurut pihak Afghanistan, tiada kemalangan jiwa atau kemusnahan harta benda dilaporkan setakat ini berikutan kawasan tersebut terletak di kawasan terpencil.
Getaran juga dirasakan di bahagian selatan Wilayah Autonomi Uygur Xinjing China yang berjiran dengan kawasan pergunungan Hindu Kush.
Menurut laporan media Pakistan pula, gempa bumi yang berlaku di wilayah Afghanistan itu telah mengakibatkan sekurang-kurang dua maut, manakala 28 lagi cedera di Pakistan.