Cari:
Transaksi Pertukaran Kadar Faedah yang Pertama di Shanghai
2016-04-11 15:50:13 CRI Cetak

Baru-baru ini, transaksi pertukaran kadar faedah (IRS) yang pertama di kawasan perdagangan bebas (FTA) Shanghai dimuktamadkan antara Pusat Pengelola Dana Bank Xingye dengan Cawangan Bank Pembangunan Singapura (DBS) di Shanghai.

Ini menandakan pasaran IRS China berjaya dimulakan di FTA tersebut.

Penganalisis berpendapat bahawa seiring dengan wujudnya kadar pertukaran dan kadar faedah yang berorientasikan pasaran di China, agensi luar negara semakin banyak menyertai pasaran kewangan domestik China.

Selaku jambatan yang menghubungkan pelabur dari dalam dan luar China, FTA bukan sahaja telah menyediakan lebih banyak produk dan saluran terus kepada pelabur asing untuk memasuki pasaran domestik China, malah institusi di wilayah China mempunyai hak untuk menentukan harga di pasaran kadar faedah Renminbi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China