Datuk Lee Chong Wei mempamer prestasi yang cukup luar biasa ketika mudah menumpaskan pemain No. 1 dunia, Chen Long dari China, sekali gus merangkul kejuaraan perseorangan lelaki Terbuka Malaysia buat kali ke-11 di Stadium Malawati semalam. Selepas pertandingan, Chong Wei berkata, sokongan daripada peminat menjadi penggerak kepada beliau untuk membuat persiapan selama lima bulan bagi Sukan Olimpik yang diadakan di Rio.