Cari:
Syria Bersiap Sedia Sertai Rundingan Damai Genava
2016-04-12 14:43:39 CRI Cetak

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Syria, Walid Muallem berkata semalam, Syria telah bersiap sedia untuk menyertai rundingan fasa kedua bagi rundingan damai Geneva tentang krisis Syria pusingan baharu.

Ketika menemui utusan khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura, Walid Muallem menyatakan bahawa rundingan ini perlu diadakan antara orang Syria dan diterajui oleh orang Syria tanpa prasyarat. Walid Muallem menambah, rakyat Syria mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan diri dan berkeyakinan untuk mengalahkan kumpulan pelampau seperti Negara Islam(IS) dan "Barisan Al-Nusra", cawangan pertubuhan "Al-Qaeda" yang tertelak di Syria.

Rundingan fasa kedua yang dijadualkan diadakan pada 9 April lalu itu telah ditunda kepada 13 April ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China