Cari:
Laporan Mendakwa Presiden Brazil Diluluskan
2016-04-12 15:02:43 CRI Cetak

Jawatankuasa Khas Dewan Perwakilan Kongres Brazil telah meluluskan laporan yang menyokong tindakan mendakwa Presiden Dilma Rousseff malam semalam. Laporan itu akan diserahkan kepada sidang pleno Dewan Perwakilan untuk diputuskan secara pengundian.

Menurut prosedur Brazil, laporan dakwaan akan dikeluarkan dalam Taklimat Kerajaan pada hari ini waktu tempatan. Dewan Perwakilan negara itu mesti mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu itu dalam tempoh 48 jam, dan membuat pengundian terhadap laporan itu dalam tempoh tiga hari. Menurut undang-undang Brazil, kes dakwaan akan diluluskan sekiranya mendapat sokongan sekurang-kurangnya pada kadar dua pertiga dalam Kongres.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China