Cari:
Rusia Bekalkan Sistem Pertahanan Udara S-300 kepada Iran
2016-04-12 15:12:46 CRI Cetak

Rusia telah menyerahkan kumpulan pertama sistem peluru berpandu penangkis serangan udara jenis S-300 kepada Iran. Demikian dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab urusan pertahanan Rusia, Dmitri Rogozin semalam.

Ketika diwawancara oleh stesen radio Echo Moskwy semalam, Rogozin berkata bahawa penghantaran sistem pertahanan udara itu dijalankan bersama oleh pakar Rusia dan Iran. Iran akan membatalkan dakwaan terhadap Rusia di tribunal timbang tara antarabangsa selepas menerima sistem itu.

Rusia pernah menandatangani kontrak dengan Iran tentang penjualan sistem pertahanan udara S-300 pada tahun 2007, tetapi Rusia sentiasa gagal menjual sistem tersebut kepada Iran. Pada tahun 2010, menurut resolusi Majlis Keselamatan PBB berkenaan, Rusia mengumumkan untuk menghentikan penjualan senjata moden kepada Iran, antaranya termasuk sistem pertahanan udara tersebut. Sebagai tindak balas, Iran mendakwa Rusia di tribunal timbang tara antarabangsa yang menuntut Rusia membayar penalti sebanyak USD 4.2 bilion kerana melanggar perjanjian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China