Cari:
Fanatik Descendants of the Sun di China
2016-04-13 16:44:12 CRI Cetak

Drama Korea Selatan, "Descendants of the Sun" menjadi drama paling banyak diperkatakan di Asia tahun ini, dan juga drama Hallyu paling banyak ditonton sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Akhbar Yonhap melaporkan, di China, drama itu disiarkan pada hari yang sama di Korea Selatan, dan jumlah carian Weibo untuk drama itu mencecah 10.3 bilion.

"Descendants of the Sun" menjadi amat popular dalam negara sehingga episod Khamis lalu meraih 2.3 bilion tontonan menerusi platform video dalam iQiYi sehingga Sabtu lalu.

Drama tersebut juga merekodkan 5.6 bilion tontonan dalam indeks iQiYi, yang mengukur berapa banyak dan berapa lama video dimainkan. Kedudukan itu adalah 300 juta mata di atas kedudukan tertinggi untuk "My Love from the Star", satu lagi drama Korea Selatan tahun 2013 yang turut menjadi fenomena ketika itu.

Dua episod terakhir "Descendants of the Sun" akan disiarkan pada 13 dan 14 April ini.

(sumber Berita Harian)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China