Cari:
Scott Eastwood Sertai Filem Fast 8, Beri Penghormatan kepada Paul Walker
2016-04-14 15:20:02 CRI Cetak

Pelakon Hollywood, Scott Eastwood secara rasmi mengesahkan bahawa beliau akan menyertai pasukan filem Fast & Furious 8.

Menerusi satu kenyataan Instagram, Eastwood berkongsi berita menarik itu sambil memberi penghormatan emosi kepada rakan beliau serta bintang Fast & Furious, mendiang Paul Walker.

Beliau menyatakan rasa teruja untuk menyertai filem Fast & Furious yang seterusnya. Menurutnya, filem francais ini adalah warisan dan para pelakon filem itu menjalinkan persahabatan bagaikan keluarga. Peluang untuk menyertai cerita Fast & Furious, cerita Paul dan keluarga FAST adalah seperti mimpi yang menjadi kenyataan bagi beliau.

(sumber Astro Awani)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China