Cari:
Mesyuarat Menteri Luar CICA Komited Kekalkan Keselamatan Asia
2016-04-14 13:30:44 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Luar ke-5 Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keya­kinan di Asia(CICA) akan diadakan di Beijing pada 27 dan 28 April. Pengarah Jabatan Eropah dan Asia Kementerian Luar China, Gui Congyou dalam sidang media semalam memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini bertemakan "Dialog menggalakkan keselamatan" dengan tujuan menggalakkan kerjasama melalui dialog dan memastikan keselamatan yang berkekalan di rantau Asia melalui kerjasama.

Gui Congyou berkata, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan sebuah negara paling besar di rantau Asia, China memikul tanggungjawab yang penting dalam menjaga dan menggalakkan keselamatan rantau Asia. Sebagai negara pengerusi CICA sejak tahun 2014, China berpendapat terdapat keperluan untuk menggalakkan dialog dan kerjasama antara pelbagai negara dan antara pelbagai tamadun.

Menurut Gui Congyou, para peserta dalam Mesyuarat Menteri Luar CICA kali ini akan bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu yang melibatkan situasi keselamatan dan pembangunan Asia semasa, memerangi keganasan, melaksanakan langkah kepercayaan CICA dan menggalakkan dialog damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China