Cari:
Rundingan Damai Isu Syria Disambung Semula
2016-04-14 13:50:19 CRI Cetak

Utusan khas Setiausaha Agung PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura menyatakan semalam bahawa rundingan fasa kedua bagi rundingan damai isu Syria telah diadakan di Geneva pada hari itu. Rundingan fasa kedua ini berfokus kepada isu terperinci dalam tempoh peralihan politik Syria termasuk penyusunan semula kerajaan dan pindaan perlembagaan.

Staffan de Mistura dalam sidang media di Geneva menyatakan bahawa beliau dan Jawatankuasa Perundingan Tinggi (HNC) puak pembangkang Syria telah mengadakan rundingan petang semalam. Beliau telah memberi taklimat tentang agenda rundingan damai kali ini dan keadaan lawatannya ke Rusia, Jordan, Syria dan Iran baru-baru ini.

Menurut beliau, delegasi kerajaan Syria akan tiba di Geneva untuk menyertai rundingan damai pada 15 April.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China