Presiden Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), Jin Liqun dan Presiden Bank Dunia, Jin Yong Kim telah menandatangani perjanjian rangka pengumpulan dana bersama di Washington AS semalam untuk meletakkan dasar bagi kerjasama kedua-dua bank itu pada tahun ini.
Bank Dunia dan AIIB sedang menjalankan perbincangan mengenai 12 buah projek pengumpulan dana bersama dalam sektor lalu lintas, pengairan dan sumber tenaga di Asia Tengah, Asia Selatan dan Asia Timur. Menurut perjanjian tersebut, Bank Dunia akan menyediakan bantuan dan menjalankan pemantauan terhadap projek tersebut dari segi pembelian, perlindungan alam sekitar dan jaminan sosial.
Jin Liqun mengucapkan terima kasih kepada Bank Dunia kerana memberikan bantuan yang murah hati dan segera pada masa AIIB baru ditubuhkan. AIIB menanti-nantikan kerjasama yang berhasil dan jangka masa panjang dengan Bank Dunia dalam pelbagai bidang.
Menurut pengumuman Bank Dunia semalam, AIIB akan meluluskan dana sebanyak USD 1.2 bilion pada tahun ini untuk menyokong projek penerokaan. Kebanyakan projek tersebut merupakan projek kerjasama dengan Bank Dunia.