Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 9 orang terbunuh, lebih 950 lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter di Kyushu Jepun malam semalam.
Setakat pukul 8 pagi tadi, gempa susulan sebanyak 116 kali telah berlaku yang mengakibatkan bangunan runtuh, jalan rosak teruk dan penduduk terperangkap dalam rumah.
Dimaklumkan bahawa dua buah loji janakuasa nuklear di Kagoshima belum dikesan terjejas dalam bencana kali ini