Cari:
Kerajaan China Berusaha Tingkatkan Indeks Rasa Selamat dan Kesejahteraan Rakyat
2016-04-15 13:37:14 CRI Cetak

Sempena Hari Pendidikan Keselamatan Negara China yang jatuh pada hari ini, Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan menegaskan bahawa keamanan negara dan kesejahteraan rakyat merupakan hasrat rakyat yang paling asas. Perkara yang penting untuk merealisasikan Impian China dan memastikan kesejahteraan rakyat adalah menjaga keselamatan negara.

Menurut Xi, kerajaan China mengisytiharkan Hari Pendidikan Keselamatan Negara adalah untuk melaksanakan undang-undang keselamatan negara dengan menyeluruh di samping memberikan pendidikan keselamatan negara agar benar-benar meningkatkan kesedaran rakyat terhadap keselamatan negara.

Beliau berharap pelbagai kalangan masyarakat negara ini menggembleng tenaga bagi menjaga keselamatan negara, memperkukuh dasar sosial bagi mencegah dan menangani pelbagai risiko keselamatan agar indeks rasa selamat dan kesejahteraan rakyat semakin meningkat.

15 April setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Pendidikan Keselamatan Negara dalam Undang-undang Keselamatan Negara China yang diluluskan pada Sidang ke-15 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-12 pada 1 Julai tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China