Cari:
OIC Tegas Banteras Keganasan
2016-04-16 15:10:48 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam(OIC) ke-13 yang berlangsung selama dua hari telah berakhir semalam di Istanbul, bandar terbesar Turki. Usaha membanteras keganasan ditetapkan menjadi "misi utama" pelbagai negara anggota OIC dalam sidang itu.

Menurut kenyataan yang diluluskan sidang tersebut, keazaman untuk "mencegah dan menyekat kegiatan keganasan" telah ditegaskan sekali lagi. Sementara itu, pelbagai negara anggota bersedia "terus menggembleng tenaga" untuk membanteras keganasan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan dalam sidang akhbar setelah sidang tersebut berakhir menyatakan bahawa negara-negara Islam paling teruk terjejas akibat keganasan. Beliau memaklumakan bahawa cadangan Turki untuk menubuhkan Pusat Kerjasama dan Penyelarasan Polis OIC di Istanbul telah diluluskan oleh para anggota pertubuhan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China