Cari:
Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gebenor Bank Pusat G20 di Washinton
2016-04-16 15:41:47 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gebenor Bank Pusat G20 2016 diadakan di Washinton AS pada 14 hingga 15 April ini. Mesyuarat tersebut menegaskan akan merangsang keyakinan serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi global dengan mengamalkan dasar mata wang, dasar kewangan dan pembaharuan terhadap struktur.

Menteri Kewangan China, Luo Jiwei dan Gabenor Bank Rakyat China, Zhou Xiaochuan bersama-sama mempengerusikan mesyuarat tersebut. Mesyuarat itu berfokus kepada topik-topik yang melibatkan situasi ekonomi global, rangka peningkatan, kerangka kewangan antarabangsa, pelaburan dan infrastruktur, pembaharuan badan-badan kewangan, kerjasama tarif antarabangsa, perkumpulan modal bagi usaha anti keganasan, kewangan hijau dan dana iklim.

Para peserta mesyuarat itu berpendapat, ekonomi global terus memulih sehingga pasaran kewangan telah kembali ke taraf sebelum awal tahun ini. Walaubagaimanapun, pertumbuhan ekonomi masih perlahan dan tidak seimbang, sekali gus menyebabkan prospek ekonomi global masih menghadapi risiko merosot dan tidak menentu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China