Menurut laporan media Jepun, sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, lebih seribu lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter di Kyushu Jepun pagi tadi.
Gempa bumi kali ini dahsyat dengan diikuti sebanyak 66 kali gempa susulan setakat pukul 11 pagi tadi.
Dimaklumkan bahawa dua buah loji janakuasa nuklear di Kagoshima belum dikesan terjejas setakat ini.
Sementara itu, 15 ribu orang anggota Pasukan Pertahanan Diri Jepun telah dihantar ke kawasan bencana untuk melaksanakan tugas penyelamatan.