Cari:
Agensi Penarafan Antarabangsa Berprasangka terhadap Ekonomi China
2016-04-16 14:07:51 CRI Cetak

Menteri Kewangan China, Lou Jiwei menyatakan di Washington, AS bahawa dua agensi penarafan antarabangsa iaitu Standard & Poor dan Perkhidmatan Pelabur Moody menurunkan penarafan kredit berdaulat China kepada Negarif baru-baru ini. Hal ini tidak dapat mencerminkan situasi ekonomi China yang sebenar kerana mereka mempunyai prasangka terhadap ekonomi China.

Dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) semalam, Lou Jiwei berkata, angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China yang baru diumumkan menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi China mecatat 6.7% pada suku pertama tahun ini, berada dalam lingkungan unjuran kerajaan iaitu pada 6.5%-7%.

Ketika menyebut tentang kebimbangan agensi penarafan antarabangsa terhadap risiko hutang kerajaan China, Lou Jiwei menyatakan bahawa taraf hutang kerajaan China tidak tinggi, serentak itu kerajaan pusat telah mengambil langkah untuk mengawal peningkatan hutang kerajaan tempatan.

Lou Jiwei berharap agensi penarafan tersebut memahami dan mendapat maklumat lebih lengkap tentang keadaan perkembangan ekonomi dan dasar negara-negara berkenaan agar membuat penilaian yang lebih objektif dan adil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China