Cari:
Delegasi Kerajaan Syria Tiba di Geneva
2016-04-16 15:12:25 CRI Cetak

Delegasi kerajaan Syria tiba di Geneva semalam dan turut mengadakan rundingan dengan Utusan khas Setiausaha Agung PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura.

Ketua delegasi Syria, Bashar Jaafari dalam sidang media selepas rundingan itu berakhir menyatakan bahawa rundingan itu bersifat membina dan amat berhasil. Jaafari berkata, dokumen yang diserahkan oleh Staffan de Mistura kepada kedua-dua pihak pada hari terakhir rundingan pusingan lalu sebenarnya dibentuk berdasarkan pendapat secara bertulis kerajaan Syria. Beliau telah menyampaikan pendapat dan prihatin kerajaan Syria berhubung dokumen itu dan menanti-nantikan respons daripada delegasi puak pembangkang.

Menurut beliau, rundingan susulan akan diadakan pada 18 April.

Pada hari yang sama, Jawatankuasa Perundingan Tinggi (HNC) puak pembangkang Syria juga telah mengadakan rundingan dengan Staffan de Mistura. Jurucakap delegasi itu menyatakan bahawa pihaknya telah menyuarakan keprihatinan mengenai kerajaan Syria masih belum membebaskan tahanan politik. Beliau juga menyeru masyarkat antarabangsa agar memberi lebih banyak tekanan kepada kerajaan Syria dan menggesa kerajaan Syria benar-benar mematuhi perjanjian gencatan senjata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China