Menurut maklumat terkini media dan badan berkenaan Jepun, sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh, lebih 2,000 lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter di Kyushu, selatan Jepun pagi semalam. Setakat ini, masih tiada kemalangan jiwa atau kecederaan warga China dilaporkan dalam bencana kali ini.
Setakat pukul 17 petang semalam, sebanyak lebih 30 kali gempa susulan yang berukuran lebih 4 pada sakal Richter telah berlaku. Menurut statistik kerajaan Kumamoto, lebih 1,700 buah bangunan runtuh dalam gempa kali ini. Lapangan terbang di Kumamoto terpaksa tertutup sejak semalam. Semua penerbangan dibatalkan. Sementara itu, perkhidmatan Shinkansen di kawasan Kyushu turut berhenti buat sementara.