Cari:
Tanah Besar China Gesa Pihak Berkuasa Taiwan Banteras Jenayah Penipuan Telekomunikasi
2016-04-17 14:32:10 CRI Cetak

Baru-baru ini, pihak berkuasa Taiwan telah membebaskan suspek kes penipuan telekomunikasi yang dihantar pulang dari Malaysia. Sehubungan dengan hal itu, jurucakap Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, An Fengshan semalam menyatakan bahawa tindakan pihak berkuasa Taiwan itu hanya akan membiarkan kegiatan penipuan telekomunikasi rentas sempadan yang semakin serius kian berleluasa, selaki gus mengabaikan dan menjejaskan lagi hak dan kepentingan mangsa kes itu, selain menjejaskan kerjasama kedua-dua pihak untuk memerangi jenayah.

An Fengshan berharap pihak berkuasa Taiwan segera membetulkan kesalahannya dengan membawa penjenayah ke muka pengadilan, mengambil tindakan yang sebenar untuk menunjukkan sikap menghormati dan melindungi hak dan kepentingan yang sah mangsa, mengelakkan kerjasama Tanah Besar-Taiwan dalam bidang memerangi jenayah dan perkembangan hubungan kedua-dua pihak daripada terjejas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China