Gabenor Bank Rakyat China,Zhou Xiaochuan menyeru Tabang Kewangan Antarabangsa (IMF) agar memperluaskan penggunaan Hak Pengeluaran Khas (SDR) dengan selangkah demi selangkah agar menggalakkan pembaharuan sistem mata wang antarabangsa.
Dalam pengumuman bertulis yang diserahkan kepada Mesyuarat Peringkat Menteri Jawatankuasa Monetari dan Kewangan Antarabangsa ke-33 di Washington As semalam, Zhou Xiaochuan menyatakan, sistem mata wang antarabangsa mempunyai kelemahan dan menghadapi cabaran baharu daripada globalisasi, inovasi kewangan dan ketidakstabilan aliran modal, manakala penggunaan SDR berpotensi untuk menangani masalah tersebut.
Zhou mencadangkan IMF mulai sekarang memperluaskan penggunaan SDR dengan berperingkat, antaranya termasuk SDR dijadikan tanda mata wang dan mengembangkan pasaran aset yang dikira berdasarkan SDR.