Cari:
IMF Kagum Kemampanan Ekonomi China
2016-04-18 13:57:42 CRI Cetak

Naib Presiden Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Zhu Min berkata, pemulihan ekonomi global perlahan pada masa ini.

Namun, beliau amat kagum dengan kestabilan dan kemampanan ekonomi China pada suku pertama tahun ini.

Zhu berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat musim bunga 2016 anjuran IMF dan Bank Dunia (WB) yang disertai oleh menteri kewangan dan gabenor bank pusat di Washington semalam.

Menurut beliau, sektor perkhidmatan dan kepenggunaan di China meningkat dengan pesat, manakala kadar tukaran renminbi (RMB) kian stabil.

Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pemulihan ekonomi di China.

Keadaan ini memperlihatkan dasar rangsangan ekonomi kerajaan China telah memainkan peranannya.

Beliau juga memberikan amaran bahawa rangsangan tersebut tidak boleh terlalu kuat demi menjamin pertumbuhan yang berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China