Cari:
AS Hantar 217 Tentera Bantu Iraq Perangi IS
2016-04-19 14:42:48 CRI Cetak

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Ashton Carter melakukan lawatan mengejut ke Baghdad semalam untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi bagi membincangkan bantuan tambahan Washington kepada pihak tentera dan kerajaan Iraq dalam usaha memperhebat operasi serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS).

Dimaklumkan, AS akan menghantar 217 tentera tambahan, kebanyakannya penasihat untuk tentera Iraq ketika Baghdad mara ke Mosul, iaitu bandar kedua terbesar di Iraq yang masih di bawah kawalan IS.

Pegawai AS turut membenarkan penggunaan helikopter tempur Apache untuk membantu tentera Iraq memandangkan aset itu mampu memberikan sokongan udara lebih pantas dan serangan lebih tepat.

Semua penasihat tentera terbabit akan bersama-sama dengan beberapa unit tentera membabitkan 2,500 anggota yang kini makin menghampiri barisan hadapan pertempuran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China