Cari:
AS Digesa Pelihara Keamanan Laut China Selatan
2016-04-20 14:42:14 CRI Cetak

China lantang membalas kritikan yang dilemparkan Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan bahawa sebuah pesawat tentera China telah melakukan pendaratan di lapangan terbang di sebuah pulau buatan di Laut China Selatan, yang menimbulkan kebimbangan Washington terhadap tindakan Beijing akan menggunakan pulau-pulau berkenaan bagi tujuan ketenteraan.

Jurucakap Kementerian Luar China dalam sidang media semalam menjelaskan, pesawat tentera yang sedang membuat rondaan itu dikerahkan ke Terumbu Yongshu bagi membantu memindahkan tiga orang pekerja yang sakit teruk selepas menerima panggilan kecemasan, dan pekerja tersebut kemudiannya diterbangkan menggunakan sebuah pesawat pengangkut tentera ke Pulau Hai­nan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Namun, Jabatan Pertahanan AS mengkritik China tidak mematuhi janji dan menempatkan pesawat tempur di kawasan tuntutan bertindih berkenaan.

Hua menegaskan, penglibatan tentera dalam operasi mencari dan menyelamat, menyalurkan bantuan kemanusiaan dan lain-lain adalah amalan biasa.

Beliau berharap agar AS dapat mengambil tindakan yang praktikal demi memelihara keamanan dan kestabilan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China