Cari:
Serangan Bom di Kabul, 28 Maut
2016-04-20 15:17:30 CRI Cetak

Satu lagi letupan menggegarkan pusat bandar Kabul, ibu negara Afghanistan malam tadi.

Setakat ini, maklumat kecederaan atau kematian akibat serangan itu masih tidak diketahui.

Menurut pihak polis, letupan tersebut berlaku kira-kira pada pukul 7.20 malam apabila bom diletupkan dari sebuah kereta yang diletakkan berdekatan dengan pusat bandar itu.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh, manakala lebih 327 lagi cedera dalam serangan bom kereta oleh anggota militan Taliban di pejabat agensi keselamatan utama Afghanistan di Kabul, pagi semalam.

Menurut saksi, seorang pengebom nekad meletupkan kereta yang dipandunya di pintu pagar utama bangunan tersebut.

Beberapa anggota militan dan pengebom berani mati berjaya menyusup masuk ke kawasan ber­kenaan yang dikawal ketat, mencetuskan adegan tembak-menembak selama lebih 30 minit.

Serangan pengebom nekad ini yang pertama sejak Taliban mengisytiharkan bermulanya serangan musim bunga pada minggu lalu.

Taliban menyatakan sasaran serangan adalah unit keselamatan negara yang melindungi para menteri dan orang kenamaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China