Cari:
China Giat Banteras Dadah
2016-04-20 15:17:20 CRI Cetak

Mesyuarat Khas Isu Dadah Dunia 2016 telah dirasmikan di New York semalam.

Ahli Dewan Negara merangkap Jawatankuasa Antidadah Negara dan Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun mengetuai delegasi China menghadiri mesyuarat kali ini.

Guo ketika berucap dalam mesyuarat tersebut berkata, kempen antidadah dunia telah mencapai hasil yang menggalakkan, di samping menghadapi cabaran yang serius.

Masyarakat antarabangsa perlu menjalinkan perkongsian yang sama rata dan saling menguntungkan untuk menghadapi cabaran tersebut.

Pelbagai negara perlu bersungguh-sungguh memikul tanggungjawab dan menunaikan janji untuk memberikan sumbangan dalam usaha kempen antidadah dunia.

Menurut beliau, kerajaan China amat mementingkan usaha-usaha mengawal pengedaran dadah.

Pihaknya akan terus giat berusaha menyertai kerjasama serantau dan antarabangsa bagi membanteras dadah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China