Usaha China untuk menangani perubahan iklim bukan sahaja memperlihatkan tanggungjawab antarabangsa yang wajib dipikul negara ini selaku negara membangun terbesar, bahkan juga keterdesakan pada pembangunan lestari dalam negeri.
Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli sepanjang pertemuan dengan Setiausah Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon di New York semalam.
Zhang, selaku utusan khas Presiden Xi Jinping, yang menghadiri majlis menandatangani Perjanjian Paris di ibu pejabat PBB, berkata, China akan berpegang teguh pada konsep pembangunan yang berteraskan inovasi, koordinasi, mesra alam, keterbukaan dan kongsi bersama demi mewujudkan pembangunan lestari dan memberi sumbangan kepada keselamatan ekologi global.
Dalam pada itu, Ban Ki-moon mengalu-alukan kehadiran Zhang untuk majlis tersebut, dan memuji usaha China dalam memuktamadkan Perjanjian Paris oleh pihak-pihak terbabit. PBB bersedia meningkatkan kerjasama dengan China untuk menjamin perjanjian tersebut supaya dikuatkuasakan dan dilaksanakan.
Difahamkan, lebih 165 buah negara akan menandatangani perjanjian berkenaan sempena Hari Bumi Sedunia pada 22 April ini.