Cari:
175 Negara Tandatangani Perjanjian Paris
2016-04-23 15:30:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam mengumumkan bahawa sejumlah 175 buah negara menandatangani Perjanjian Paris pada 22 April lalu.

Upacara Penandatanganan Perjanjian Paris telah diadakan di ibu pejabat PBB di New York, AS pada hari yang sama.

Ban Ki-moon berkata, beliau merasa gembira kerana beberapa negara berkenaan akan meluluskan perjanjian itu pada tahun ini, dan menggalakkan mereka mendorong Perjanjian Paris dapat dikuat kuasakan dengan secepat mungkin mengikut prosedur undang-undang negara masing-masing.

Sebelum ini, Perjanjian Paris yang bertujuan untuk mengatur operasi menangani perubahan iklim sejagat selepas tahun 2020 dijadualkan ditandatangani dalam tempoh 22 April 2016 hingga 21 April 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China