Cari:
Angka Korban Gempa Ecuador Cecah 646
2016-04-24 15:40:25 CRI Cetak

Presiden Ecuador, Rafael Correa semasa siaran langsung di televisyen semalam mengumumkan bahawa jumlah kematian gempa bumi berukuran 7.8 skala Ritcher yang melanda negara itu minggu lepas meningkat kepada 646 orang.

Gempa Sabtu lalu, yang terburuk sejak tujuh dekad, mencederakan kira-kira 12,000 orang manakala 130 mangsa masih hilang di sepanjang pantai Pasifik negara itu.

Beberapa gegaran kuat dan lebih 700 gempa susulan berterusan menggegarkan negara itu sejak gempa bumi besar itu melanda, mencetuskan panik tetapi tidak menyebabkan kerosakan teruk.

Gegaran sebegitu dijangka berterusan dalam masa terdekat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China