Cari:
UNSC Kutuk DPRK Lancar Peluru Berpandu Balistik
2016-04-25 11:45:14 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan semalam mengutuk Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melancarkan peluru berpandu balistik menerusi sebuah kapal selam pada 23 April lalu yang secara nyata melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Menurut kenyataan itu, pelancaran peluru berpandu balistik oleh DPRK kian meruncingkan ketegangan serantau. DPRK harus mengelakkan tindakan yang melanggar resolusi PBB, menghentikan semua aktiviti yang berkaitan dengan peluru berpandu dan berjanji untuk menangguhkan pelancaran peluru berpandu.

Pada hari yang sama, Korea Selatan turut mengecam tindakan DPRK, dan menyatakan bahawa pihaknya akan meningkatkan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China