Cari:
Xi Jinping Berucap Sempena Hari Angkasa Lepas China Yang Pertama
2016-04-25 11:46:09 CRI Cetak

Tarikh 24 April merupakan Hari Angkasa Lepas China yang pertama.

Pada hari itu, Presiden Xi Jinping telah menyampaikan ucapan bagi memberikan penghormatan kepada mereka yang memberikan sumbangan kepada usaha penerbangan dan aeroangkasa China serta menggalakkan mereka terus berusaha gigih dalam penyelidikan tersebut.

Beliau berkata, penetapan Hari Angkasa Lepas China adalah untuk memberikan inspirasi kepada golongan belia untuk terus mendukung sains, meneroka bidang sains yang baharu dan menggerakan inovasi.

Perdana Menteri, Li Keqiang pula menggalakkan mereka yang berkhidmat dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa mewarisi tradisi yang unggul, mendidik lebih banyak tenaga profesional dan memberikan sumbangan baharu bagi pembangunan sosioekonomi China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China