Cari:
Britain: Ada Kemungkinan Hantar Tentera ke Libya
2016-04-25 14:37:31 CRI Cetak

Setiausaha Luar Britain, Philip Hammond semalam berkata, sekiranya kerajaan Libya mengemukakan permintaan, Britain kemungkinan akan menghantar pasukan tentera ke negara itu.

Menurut beliau, kerajaan Britain tidak menolak sebarang kemungkinan ketika situasi di Libya tidak pulih.

Beliau berpendapat, kemungkinan kerajaan Libya memerlukan campur tangan tentera negara lain tidak besar.

Namun, sekiranya kumpulan militan Negara Islam (IS) semakin berleluasa di negara itu, pasti akan mengancam Eropah.

Sebelum ini, beberapa negara seperti Itali, Perancis dan Jerman menyatakan sokongan terhadap kerajaan perpaduan Libya dan berharap agar kerajaan itu turut menyokong negara lain untuk membanteras IS, menangani krisis pelarian dan meningkatkan ekonomi tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China