Cari:
Malaysia Juara Olahraga Remaja Asia Tenggara
2016-04-25 13:42:46 CRI Cetak

Malaysia muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara di Bangkok yang menutup tirainya pada 24 April lalu.

Majlis Sukan Negara dalam WhatsApp kepada Bernama berkata, kontinjen Malaysia meraih 13 pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa.

Pada kejohanan dua hari itu, skuad remaja negara berjaya mengatasi pasukan tuan rumah yang menduduki tempat kedua dengan 10 emas, 15 perak dan 15 gangsa.

Vietnam meraih tempat ketiga dengan enam emas diikuti Singapura dengan lima emas dan Indonesia tiga emas.

Kontinjen Malaysia yang membabitkan seramai 33 atlet, menyertai 17 acara kali ini. Kejayaan itu sekali gus mencatatkan keputusan yang lebih positif berbanding tahun lalu ketika menjadi tuan rumah kejohanan itu.

(sumber: Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China