Cari:
Angelina Jolie Pindah UK
2016-04-25 13:45:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pasangan selebriti Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan mahu berpindah serta menetap di United Kingdom (UK) tidak lama lagi.

Menurut laman web Femalefirst.co.uk, bintang filem `Maleficent' yang mempunyai enam orang anak iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan pasangan kembar, Vivienne dan Knox itu kini menyewa sebuah rumah dengan harga USD 21,000 (RM18,700) sebulan di Surrey, London.

Sementara itu, sumber memberitahu majalah Us Weekly, rumah tersebut cukup luas dan dilengkapi dengan kemudahan moden.

Malah, rumah berkenaan juga terletak berhampiran pusat bandar serta kediaman rakan-rakan baiknya iaitu George dan Amal Clooney.

Dalam masa yang sama, Pitt merancang untuk membawa rakan-rakan anaknya bercuti di rumah baharu mereka di UK.

(sumber: Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China